Saturday, July 9, 2011

keBERSIHan..

Assalamualaikum..

     Tanggal 9 Julai 2011.. Perhimpunan secara aman yang sekian lama disebut2 akhirnya berlangsung dengan penuh temasya.. Tidak sekali Atoi nak perbincangkan mengenai perhimpunan tersebut.. Sebab bagi Atoi, Atoi belom cukup mengkaji bagi kedua dua belah pihak.. Jadi takut rasa hati ini ingin menyokong mana-mana pihak.. Pada pendapat Atoi, perkara sebegini bukan hanya boleh didengari dari mulut ke mulut.. Bahkan ianya memerlukan pengajian yang terperinci kerana ianya melibatkan keamanan sesbuah negara..

     Topik sebenar yang Atoi nak bincangkan, atau nak kongsikan adalah KITA.. Segala tentang KITA.. Apakah berlakunya agenda BERSIH dan PATRIOT ini menghilangkan nilai2 yang diterapkan sekian lama dalam hidup?? Ke mana hilang nilai2 Islam?? Apakah BERSIH dan PATRIOT ini agama baru yang berjaya menarik ramai penganut2 agama Islam untuk menganutinya??

Tuan-tuan, puan-puan saudara saudari sekalian..

     Pertamanya Atoi sentuh berkenaan JARI.. Galak jari2 kita menaip status itu dan ini.. Sehingga terbaca status sebegini " Mamposlah weh!! penakot ke?? sibuk nak panggi PEKASA bagai..nampak sangat kau goyang.. " Ape erti " Mamposlah weh!! " ?? adakah ianya mendoakan semoga ALLAH menamatkan riwayat hidup orang yang kita maksudkan?? Ya ALLAH!! sahabat, ketikamana kita terlepas waktu solat, ade ke ALLAH tarik nyawa kita serta merta?? Atoi suke timbulkan persoalan, supaya kita fikir sama2.. Apakah dengan hanya kesilapan yang telah dia atau beliau lakukan menyebabkan doa yang sebegini rupa sebagai balasan?? Kenapa tidak timbul " Semoga ALLAH membuka hatinya untuk sedar dan berubah ". Bertambah sedih rasa hati apabila yang mengeluarkan kata-kata seperti itu adalah orang yang tinggi pengajian agamanya.. Bukan Atoi seorang yang cakap elok.. Kadang2 Carutan juga menghiasi bibir ini.. Tapi Atoi terpanggil untuk buka ruang supaya kita fikir sama2..

     Perkara kedua yang Atoi nak kongsi adalah PERSAHABATAN.. Apakah wajar perkelahian berlaku antara sahabat hanya kerana seorang bersama BERSIH dan seorang lagi Bersama PATRIOT..?? Islam sendiri mengajar supaya bersikap keterbukaan.. Bukan ke Nabi pernah bersabda mafhumnya: Jika bertemu dua orang islam bersama dua bilah pedangnya, maka si pembunuh dan dibunuh adalah ahli neraka.. Pasti ramai yang boleh menterjemahkan terus kepada bahasa arab.. Hadis yang cukup popular..

sahabat2 yang Atoi sayang...

     PERTUDUHAN.. wadah ketiga dan yang terakhir insyaALLAH.. Pihak polis dituduh dengan bermacam-macam tuduhan.. Sedih hati ni ALLAH je yang taw.. Pernah ke kita berada di tempat seorang anggota polis?? Pernah ke kita bertanya secara hati ke hati kepada seorang polis?? Kenapa cepat sangat akal membuat kesimpulan?? Apabila polis disebut, semua ingat berkenaan RASUAH.. Sahabat, polis yang menjaga keamanan dari rusuhan tersebut adalah FRU.. Ataupun Free Representation Unit.. Rasuah apa yang mereka ambil?? Bole sahabat2 yang menuduh tu bagitahu kat saya?? Dan mereka menjaga keamanan negara.. Tinggal anak bini, tinggal keluarga.. Apakah kita jadi kacang lupakan kulit?? kenapa sewaktu rompakan berlaku, kita tidak menimbulkan persoalan RASUAH!??? Tahukah kita kerana POLIS, kita boleh tidur lena sepanjang malam?? Kenapa sahabat2 sendiri tidak menjaga keamanan rumah masing2?? jawapannya: itu kan kerja polis.. Bukan ke polis yang menjaga keamanan itu yang sahabat tuduh RASUAH?? kenapa terima bantuan mereka?? Tolong jangan bercakap kalau tak taw.. Kadang2 penglihatan dan pendengaran kita silap sahabat.. Sebab itu perlunya pengalaman dan perkongsian.. bukan Pertuduhan Mem BABI BUTA>>>..

     Sekian saja entry untuk kali ini... Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa.. Tapi tolong.. Sama2 kita berfikir.. Kalau salah tolong betolkan saya.. Saya terbuka.. Kerana saya bukan berkata sebagai seorang BERSIH, bukan juga sebagai seorang PATRIOT.. Tapi sebagai seorang sahabat yang mencintai sahabatnya.. Yang punya tanggungjawab utama dalam dunia.. Dakwah..

Assalamualaikum...