Tuesday, July 19, 2011

Bismillah..
Assalamualaikum..

     Hari ini mari kita berkongsi sedikit perkara yang telah lama kita ketahui.. Sebagai perkongsian untuk mengingatkan.. Berkenaan bulan ramadhan yang dihadiahkan kepada kita umat manusia sejagat.. Bulan ramadhan bulan yang dinantikan oleh setiap individu termasuk sebahagian kecil dari mereka yang Non-Muslim.. Bulan yang kita sendiri teleh diperdengarkan akan kelebihannya semenjak di bangku sekolah lagi.. Atoi rasa ianya tidak perlu dibahaskan lagi kerana kita telah sedia maklum..

     Perkara yang ingin dikongsikan adalah berkenaan dengan berita yang baru Atoi baca dari suatu sumber yang boleh dipercayai.. Berkenaan dengan Pub, Disko, Bar, Kelab Malam dan yang sama waktu dengannya.. Apabila menteri besar negeri Kedah Darul Aman mengumumkan bahawa perniagaan-perniagaan seperti yang disebutkan berjalan seperti biasa tetapi hanya untuk mereka yang bukan Islam..

     Atoi dengan berbesar hati menyambut berita gembira ini.. tapi harus difikirkan kembali oleh kita semua.. Berdasarkan perbincangan atau keputusan yang telah dibuat, bukan bermaksud Atoi mengatakan HALAL untuk memasukinya pada bulan-bulan yang lain.. Tetapi kita menjadikan bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai satu permulaan untuk kita menghindari perkara tersebut untuk selama-lamanya..
    Jika kita mampu untuk menghindarkan diri kita dari perkara tersebut pada bulan Ramadhan, mengapa kita tidak boleh meninggalkan ianya terus dari kehidupan kita?? Adakan perubahan yang dilakukan semata keran Ramadhan?? Apakah Ramadhan ini mampu menggantikan ALLAH dalam hati kita?? Mengapa tidak kita meninggalkan sesuatu perkara itu kerana ALLAH??

     Sahabat seperjuangan sekalian, Ramadhan itu datang dan pergi.. Ianya tentu sekali tidak kekal.. Tapi ALLAH itu dulu, kini, selamanya.. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.. Tidak ke terdetik dihati kita bahawa kita seharusnya meninggalkan sesuatu perkara yang buruk hanya kerana ALLAH semata??bukan Ramadhan.. Sepatutnya muncul perasaan malu dari hati jika kita berubah hanya kerana Ramadhan.. Ramadhan ini hanya bulan yang dihadiahkan kepada kita.. Mengapa kita tidak meninggalkan sesuatu perkara buruk pada bulan Sya'ban.. Sedangkan Sya'ban itu bulan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH..

     Perkara ini sering kita dengar.. Dan sering juga segelintir dari kita mengatakan, "Benda ini adik aku pun tahu".. Tapi cukupkah kita sekadar tahu?? Apakah bezanya kita sekdara tahu dan percaya?? 

sahabat2 dirahmati ALLAH,

     Percaya dan tahu itu suatu perkara berbaza.. Jauh berbeza.. Percaya ini bukan sekadar kita tahu dan memahami.. Bahkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya.. Adakah kita semua tahu bahawa ALLAH menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang melakukan dosa?? Kalau kita sekadar tahu, maka tidak akan ada sebarang usaha untuk kita menjauhkan diri dari dosa.. Tapi sekiranya kita percaya, maka secara automatiknya kita akan mengambil langkah bijak bagi menghindarkan dari melakukan dosa..

     Sekadar itu sahaja Atoi ingin kongsikan untuk kali ini.. Otak kurang bercambah pulak nak mensyarahkan lebih bagi tajuk ini.. Akan datang insyaALLAH.. perkongsian yang lebih mantap.. Walau apa pun, mari kita sama2 berfikir, dan renungkan semula perkara diatas.. Sekian saja untuk kali ini.. Salam indah dari sahabat mu ini.. Salam ukhuwah, salam 1Malaysia, salam 1 Ummah.. Assalamualaikum..

Saturday, July 9, 2011

keBERSIHan..

Assalamualaikum..

     Tanggal 9 Julai 2011.. Perhimpunan secara aman yang sekian lama disebut2 akhirnya berlangsung dengan penuh temasya.. Tidak sekali Atoi nak perbincangkan mengenai perhimpunan tersebut.. Sebab bagi Atoi, Atoi belom cukup mengkaji bagi kedua dua belah pihak.. Jadi takut rasa hati ini ingin menyokong mana-mana pihak.. Pada pendapat Atoi, perkara sebegini bukan hanya boleh didengari dari mulut ke mulut.. Bahkan ianya memerlukan pengajian yang terperinci kerana ianya melibatkan keamanan sesbuah negara..

     Topik sebenar yang Atoi nak bincangkan, atau nak kongsikan adalah KITA.. Segala tentang KITA.. Apakah berlakunya agenda BERSIH dan PATRIOT ini menghilangkan nilai2 yang diterapkan sekian lama dalam hidup?? Ke mana hilang nilai2 Islam?? Apakah BERSIH dan PATRIOT ini agama baru yang berjaya menarik ramai penganut2 agama Islam untuk menganutinya??

Tuan-tuan, puan-puan saudara saudari sekalian..

     Pertamanya Atoi sentuh berkenaan JARI.. Galak jari2 kita menaip status itu dan ini.. Sehingga terbaca status sebegini " Mamposlah weh!! penakot ke?? sibuk nak panggi PEKASA bagai..nampak sangat kau goyang.. " Ape erti " Mamposlah weh!! " ?? adakah ianya mendoakan semoga ALLAH menamatkan riwayat hidup orang yang kita maksudkan?? Ya ALLAH!! sahabat, ketikamana kita terlepas waktu solat, ade ke ALLAH tarik nyawa kita serta merta?? Atoi suke timbulkan persoalan, supaya kita fikir sama2.. Apakah dengan hanya kesilapan yang telah dia atau beliau lakukan menyebabkan doa yang sebegini rupa sebagai balasan?? Kenapa tidak timbul " Semoga ALLAH membuka hatinya untuk sedar dan berubah ". Bertambah sedih rasa hati apabila yang mengeluarkan kata-kata seperti itu adalah orang yang tinggi pengajian agamanya.. Bukan Atoi seorang yang cakap elok.. Kadang2 Carutan juga menghiasi bibir ini.. Tapi Atoi terpanggil untuk buka ruang supaya kita fikir sama2..

     Perkara kedua yang Atoi nak kongsi adalah PERSAHABATAN.. Apakah wajar perkelahian berlaku antara sahabat hanya kerana seorang bersama BERSIH dan seorang lagi Bersama PATRIOT..?? Islam sendiri mengajar supaya bersikap keterbukaan.. Bukan ke Nabi pernah bersabda mafhumnya: Jika bertemu dua orang islam bersama dua bilah pedangnya, maka si pembunuh dan dibunuh adalah ahli neraka.. Pasti ramai yang boleh menterjemahkan terus kepada bahasa arab.. Hadis yang cukup popular..

sahabat2 yang Atoi sayang...

     PERTUDUHAN.. wadah ketiga dan yang terakhir insyaALLAH.. Pihak polis dituduh dengan bermacam-macam tuduhan.. Sedih hati ni ALLAH je yang taw.. Pernah ke kita berada di tempat seorang anggota polis?? Pernah ke kita bertanya secara hati ke hati kepada seorang polis?? Kenapa cepat sangat akal membuat kesimpulan?? Apabila polis disebut, semua ingat berkenaan RASUAH.. Sahabat, polis yang menjaga keamanan dari rusuhan tersebut adalah FRU.. Ataupun Free Representation Unit.. Rasuah apa yang mereka ambil?? Bole sahabat2 yang menuduh tu bagitahu kat saya?? Dan mereka menjaga keamanan negara.. Tinggal anak bini, tinggal keluarga.. Apakah kita jadi kacang lupakan kulit?? kenapa sewaktu rompakan berlaku, kita tidak menimbulkan persoalan RASUAH!??? Tahukah kita kerana POLIS, kita boleh tidur lena sepanjang malam?? Kenapa sahabat2 sendiri tidak menjaga keamanan rumah masing2?? jawapannya: itu kan kerja polis.. Bukan ke polis yang menjaga keamanan itu yang sahabat tuduh RASUAH?? kenapa terima bantuan mereka?? Tolong jangan bercakap kalau tak taw.. Kadang2 penglihatan dan pendengaran kita silap sahabat.. Sebab itu perlunya pengalaman dan perkongsian.. bukan Pertuduhan Mem BABI BUTA>>>..

     Sekian saja entry untuk kali ini... Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa.. Tapi tolong.. Sama2 kita berfikir.. Kalau salah tolong betolkan saya.. Saya terbuka.. Kerana saya bukan berkata sebagai seorang BERSIH, bukan juga sebagai seorang PATRIOT.. Tapi sebagai seorang sahabat yang mencintai sahabatnya.. Yang punya tanggungjawab utama dalam dunia.. Dakwah..

Assalamualaikum... 

Saturday, July 2, 2011

Kenduri Doa Selamat!!!



     بسم الله الرحمن الرحيم

     Selamat kembali ke coretan yang tak seberapa ni.. Hari ni mungkin bukan post ataupun entry yang terlalu ilmiah seperti yang sebelum2 ni.. Hari ni cuma nak mencoretkan sebuah coretan rasa, coretan perasaan dan bermacam-macam coretan lagi.. takde lah.. Hari ni nak cite yang kat rumah Atoi kat MALAYSIA tu ada buat kenduri.. Kenduri kecik2 je.. Doa selamat untuk cucu Mak n Abah yang pertama.. InsyaALLAH lepas raya..


   Macam biasa atau seperti biasa dan mengikut kebiasaan, my future sister in law n my bro in law adalah sebagai kamerawoman n kameraman yang akan merakamkan gambar2 buat tatapan aku di "perantauan".. (Saje nak bagi jeles la tu ).. Dan diorang berjaya buat Atoi jeles.. HUH!!! mane tak jelesnye.. Tengoklah lauk2 die.. macam2 lauk ade.. nanti korang tengok la gegambo lauk bawah ni yee..


gabungan antara lauk2 yang ada


Kompem korang taw lauk ape ni kan


lauk orang jawa nih "sambal goreng"


Kalau x silap ni ayam dan kentang masak kicap


ni " tempe, kentang, ikan bilis.."pedas nih


ikan masin ngan papadom pon ade tu


sebagai selingan untuk jeleskan ATOI..ceh!!


     Inilah antara gambar2 yang diperolehi dari mereka2 yang sudi untuk berkongsi kegembiraan tu bersama dengan Atoi.. Mase kenduri tu Abang ipar Atoi telefon.. Dapatlah borak ngan Abah, Mak n mama to be Kak ngah.. Happy je suara diorang.. Dah lama x dengar suara mak n abah.. rasa tenang hati, tenang jiwa.. Jantan mana pon seseorang tu, kalau x rindu kat mak ayah, toksah la jadi orang.. HAHAHAA!!!

     ok!!! next is my eldest bro.. Dia pon terpaksa jeles.. Sebab dia x dapat balik untuk kenduri tu.. Dia ada kat JEPUN.. Dia tu pramugara.. manjang ke luar negara je la kojenye.. Tapi nak buat mcm mana kan?? he is on duty.. Bukan pegi melancong.. Dan yang diraikan adalah Kak ngah ku dan suaminya yang akan jadi ibu dan ayah tak lama lagi.. Semoga menjadi ibu dan ayah yang Terbaekk!!! mengikut syariat islam.. Jadikan anak itu orang yang akan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara untuk 1 hari akan datang.. Doa seorang adik x kan pernah putus untuk kak ngah dan jugak yang lain.. Ni lah die pasangan bahagia tu..


Siti Fakhizah & Mohd Khairusani

     Kisah cinta mereka bermula.....hahahahaa.. Mana lah Atoi taw.. bawah ni adelah gambar bakal mama ni yang da sarat mengandung..












     HAAAAaaaa!!!! Sarat2 pun, posing x boleh tinggal.. HEHEH.. My kak ngah.. Lauk2 tadi biasanya abah ngan mak yang masak.. memang terbaeklah..hehehe.. Bulek pon macam biase la..harus posing ye lek.. hehe.. (Bulek ni panggilan untuk my second MEM) Sebelom Atoi lupa.. Tetamu2 yang hadir boleh tahan ramai jugak.. Termasuk membe2 Atoi dari kecik yang memang ngam gila.. Diorang pon datang jugak.. Tak kesah la Atoi ade ke tak de.. Da macam family jugak da diorang tu.. Semoga ALLAH memberkati hidup tetamu2 yang hadir ke rumah untuk bacaan doa selamat tersebut..

     Akhir kata, Atoi x pernah cemburu diorang bole makan macam2.. Atoi x pernah cemburu diorang bole ape sekali pun.. Yang Atoi cemburu, Atoi x dapat tengok muke Mak ngan Abah setiap hari.. Pahala yang sangat mudah.. Pandang je.. Cukup sampai sini kot perkongsian untuk hari ni.. Lain kali jumpe lagi.. ALLAH selamat kan family di MALAYSIA insyaALLAH.. Salam ukhwah, Salam ketika tangan BERSIH, Salam 1Malaysia..

p/s: supaya tidak hanya membazirkan masa kita tanpa sebarang unsur ilmiah, jempot ke bawah bahagian blog ni..ade tazkirah pendek..untuk kita..