Tuesday, July 19, 2011

Bismillah..
Assalamualaikum..

     Hari ini mari kita berkongsi sedikit perkara yang telah lama kita ketahui.. Sebagai perkongsian untuk mengingatkan.. Berkenaan bulan ramadhan yang dihadiahkan kepada kita umat manusia sejagat.. Bulan ramadhan bulan yang dinantikan oleh setiap individu termasuk sebahagian kecil dari mereka yang Non-Muslim.. Bulan yang kita sendiri teleh diperdengarkan akan kelebihannya semenjak di bangku sekolah lagi.. Atoi rasa ianya tidak perlu dibahaskan lagi kerana kita telah sedia maklum..

     Perkara yang ingin dikongsikan adalah berkenaan dengan berita yang baru Atoi baca dari suatu sumber yang boleh dipercayai.. Berkenaan dengan Pub, Disko, Bar, Kelab Malam dan yang sama waktu dengannya.. Apabila menteri besar negeri Kedah Darul Aman mengumumkan bahawa perniagaan-perniagaan seperti yang disebutkan berjalan seperti biasa tetapi hanya untuk mereka yang bukan Islam..

     Atoi dengan berbesar hati menyambut berita gembira ini.. tapi harus difikirkan kembali oleh kita semua.. Berdasarkan perbincangan atau keputusan yang telah dibuat, bukan bermaksud Atoi mengatakan HALAL untuk memasukinya pada bulan-bulan yang lain.. Tetapi kita menjadikan bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai satu permulaan untuk kita menghindari perkara tersebut untuk selama-lamanya..
    Jika kita mampu untuk menghindarkan diri kita dari perkara tersebut pada bulan Ramadhan, mengapa kita tidak boleh meninggalkan ianya terus dari kehidupan kita?? Adakan perubahan yang dilakukan semata keran Ramadhan?? Apakah Ramadhan ini mampu menggantikan ALLAH dalam hati kita?? Mengapa tidak kita meninggalkan sesuatu perkara itu kerana ALLAH??

     Sahabat seperjuangan sekalian, Ramadhan itu datang dan pergi.. Ianya tentu sekali tidak kekal.. Tapi ALLAH itu dulu, kini, selamanya.. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.. Tidak ke terdetik dihati kita bahawa kita seharusnya meninggalkan sesuatu perkara yang buruk hanya kerana ALLAH semata??bukan Ramadhan.. Sepatutnya muncul perasaan malu dari hati jika kita berubah hanya kerana Ramadhan.. Ramadhan ini hanya bulan yang dihadiahkan kepada kita.. Mengapa kita tidak meninggalkan sesuatu perkara buruk pada bulan Sya'ban.. Sedangkan Sya'ban itu bulan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH..

     Perkara ini sering kita dengar.. Dan sering juga segelintir dari kita mengatakan, "Benda ini adik aku pun tahu".. Tapi cukupkah kita sekadar tahu?? Apakah bezanya kita sekdara tahu dan percaya?? 

sahabat2 dirahmati ALLAH,

     Percaya dan tahu itu suatu perkara berbaza.. Jauh berbeza.. Percaya ini bukan sekadar kita tahu dan memahami.. Bahkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya.. Adakah kita semua tahu bahawa ALLAH menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang melakukan dosa?? Kalau kita sekadar tahu, maka tidak akan ada sebarang usaha untuk kita menjauhkan diri dari dosa.. Tapi sekiranya kita percaya, maka secara automatiknya kita akan mengambil langkah bijak bagi menghindarkan dari melakukan dosa..

     Sekadar itu sahaja Atoi ingin kongsikan untuk kali ini.. Otak kurang bercambah pulak nak mensyarahkan lebih bagi tajuk ini.. Akan datang insyaALLAH.. perkongsian yang lebih mantap.. Walau apa pun, mari kita sama2 berfikir, dan renungkan semula perkara diatas.. Sekian saja untuk kali ini.. Salam indah dari sahabat mu ini.. Salam ukhuwah, salam 1Malaysia, salam 1 Ummah.. Assalamualaikum..