Thursday, January 20, 2011

"KETIKAMANA"

In The Name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni, Atoi tengah layan lagu yang para pembaca sekalian sedang dengarkan.. lagu Binnabil Huda dendangan UNIC ni dapat menarik minat Atoi untuk beri pembaca sekalian ketenangan disamping mengingati junjungan besar Nabi Muhammad yang sangat kita cintai..

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni, blog ni dah ade seramai 23 orang pengikut.. ataupun dalam bahase inggeris adalah followers. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana sudi mengikuti blog nih..


Ketikamana,

     Ketikamana Atoi tengah taip entri ni, bilangan mereka yang mengunjung blog ni sudah pun mencecah seribu orang dan lebih.. Korang datang ramai2 ni bace tazkirah yang kat bawah sekali x??

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni jugak, Atoi tengah diuji oleh ALLAH dengan ujian yang kecil tetapi sangat berat untuk dihadapi.. SESEMA!! Mungkin dah banyak sangat dosa dah ni..

Ketikamana,

     Ketikamana korang bace entri nih, Atoi nak korang taw yang Atoi tersangat rindu dah ngan family di MALAYSIA.. Semoga kita berjumpa lagi kan.. Rindu kat semua.!!

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi nak teruskan menaip kat sini, Atoi teringat yang exam belum habis lagi.. So, x boleh nak panjang2..Kurang sehat pon kene study jugak la kan..

Ketikamana,

     Ketikamana korang tertanya2 kenapa Atoi post entri nih, korang akan dapati yang korang telah pun membazirkan mase dengan membace entri nih..HAHA!!

Semoga ALLAH merahmati kita..
Semoga kita berada didalam keredhoanNYA..
Salam Ukhuwah, Salam Rindu, Salam 1Malaysia..
Assalamualaikum..
Binnabilhuda..

Friday, January 14, 2011

Hujan ais melanda bumi MESIR

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

     Hari ini 14 januari 2011.. Bersamaan hari jumaat.. Dengan keadaan yang sejuk pada waktu pagi meliatkan aku untuk bangun solat subuh.. Keadaan yang sejuk adalah disebabkan angin yang agak tak reti bahasa meniup.. Keadaan diri masih lagi terkawal dengan suhu tersebut.. Cabaran seterusnya adalah mandi sunat hari jumaat.. Dengan wajah yang agak tenang menjirus air ke badan menyebabkan seluruh badan menggigil lalu mengeluarkan asap seperti supersaiya dalam cerita "dragonball".. Sungguh menyayat hati.. Bertolak untuk solat jumaat dalam keadaan yang tersipu-sipu kesejukan.. Hujan mulai turun ketika khatin sedang berdoa diakhir khutbah yang ke-2..

     hujan yang turun menyebabkan beberapa jemaah solat dalam keadaan berhujan.. Semoga ALLAH menerima solat kalian dengan lebih pahala.. Hujan berhenti selepas selesai solat jumaat.. Aku pon berjalan dengan keadaan berhati-hati bagi mengelakkan lumpur melekat di jubah yang dipakai.. sampai dirumah dalam keadaan yang selamat dan sihat wal 'afiat.. Alhamdulillah.. Hujan turun semula beberapa minit kemudian dengan keadaan angin yang lebih menggila.. Detikan hujan dijalan kedengaran lebih jelas.. Aku mendapati yang turun bukanlah hujan air yang biasa.. Tetapi ianya adalah "Hujan Ais".. Suhu turun mendadak menyebabkan air menjadi beku sebelum jatuh ke bumi MESIR.. Sewaktu menaip ni pon tangan aku dah hampir membeku.. Jadi sekian sahaje berita daripada saya..

Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan untuk exam kali nih..

وبالله التوفيق والهداية
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته..