Tuesday, June 28, 2011

~~Ayuh dunia!! Mari Sama-sama Membuka Mata~~



السلام عليكم ورحمة الله..

     بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله ربّ العالمين، الصلوة والسلام على سيدنا مرسلين وعلى أصحابه ومن تبعه إلى يوم الدين...


     Berkenaan dengan tajuk, hari ni Atoi nak berkongsi sedikit kata-kata, atau pengucapan, atau kenyataan yang ternyata akan membuka mata saya, anda, kita, negara, bangsa, dan DUNIA!!!...


     Kata-kata ni Atoi ambil dari seorang sahabat atau lebih tepat dari seorang abang yang berusaha untuk membuka mata DUNIA!!!! Beliau adalah seorang penuntu ilmu ALLAH di bumi kinanah ini juga.. Seorang yang terlalu cintakan ilmu sehingga beliau tidak senang duduk selagi tidak mencari sesuatu makna perkataan bahasa arab yang tidak dia ketahui.. Merupakan salah seorang sumber ataupun contoh yang saya ambil dalam bidang ini.. Mengkaji ilmu Feqah adalah perkara yang beliau minati.. Antara kata-kata beliau :


Kalau lapar pandai cari dapur, kalau nak terberak pandai cari jamban, tapi kenapa urusan akhirat tak rujuk ulama sebaliknya guna ideologi barat? Antara keselesaan perut, kepuasan dubur dan keindahan syurga mana labih penting ?


Setiap bayi dilahirkan fitrah (disebut dalam hadis). Fitrah maksudnya Islam. Bayi Hindu dilahirkan Islam, bayi Buddha dilahirkan Islam. Sebab itu bila Hindu dan Buddha memeluk Islam lebih tepat kita katakan mereka kembali kepada Islam menggantikan perkataan masuk Islam. Kerana mereka kembali kepada fitrah.

Solat kalau tak berniat dan takbirotul ihram, rukuklah 10 jam pun tetap tak sah. Oleh itu jangan buat kebaikan ranting untuk mengelirukan rakyat agar dikatakan semuanya telah Islam sedangkan hukum dasar ditongsampahkan.

Harus hukumnya IBU berkahwin dengan ANAK. IBU (seorang janda beranak satu). ANAK (seorang lelaki yang anak kepada seorang wanita lain)

Memang boto Allah cakap dalam surah Al Anbiya' ayat 22. Kalau ado duo tuhan, pasti berlaku kehancuran. Tapi time ado satu tuhan ni pun dunio hancur jugak. Sobab ado manusio yang berlagak jadi macam tuhan

Seseorang yang sentiasa dipuji sekali dia melakukan kesilapan biasanya memberi impak negatif yang besar. Sama seperti spring, semakin ditekan, sekali dilepaskan akan melantun kuat dan jauh. Maka hati-hatilah dengan pujian. Janganlah mudah kembang melebihi saiz kerusi, bimbang memakan diri sendiri.

Ada beberapa perkara berkenaan BELAKANG yang Islam haramkan. Menyamakan BELAKANG isteri dengan ibu (bab zihar), mendatangi isteri di bahagian BELAKANG isteri (bab jimak) dan cakap BELAKANG (bab ghibah / mengumpat).

Memiliki rasa untuk menyintai bukanlah satu kesalahan, luahkanlah dengan penuh adab. Gagal dan kecewa bukanlah kerana cinta anda ditolak setelah meluahkan, tetapi gagal dan kecewa ialah apabila anda tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk meluahkan sedangkan di sana masih ada kemungkinan cinta anda diterima. Lalu cinta itu berlalu tanpa ada ungkapan yang mengikatnya.

Manusia dan BABI ada satu persamaan, iaitu kedua-duanya makhluk Allah. Namun sikap manusia yang banyak menimbulkan masalah dengan agama semakin membanyakkan lagi nilai persamaan dengan BABI sehingga semakin terkikis nilai kemanusiaan dan semakin terserlah nilai ke'BABI'an.

Semasa melintasi JALANRAYA, kita bersungguh-sungguh melihat kenderaan atau sebarang perkara yang boleh mengganggu perjalanan kita. Tetapi semasa melintasi JALAN HIDUP kita kurang berminat untuk mengetahui perkara-perkara yang mengganggu perjalanan hidup (kemungkaran) sehingga kita tergolong sebagai pengganggu jalan hidup orang lain.

Allah melimpahkan secubit cinta dari khazanah cintaNya yang maha besar. Dengan secubit itulah ibu singa tidak membaham anaknya

Jaga kesihatan anda dari dijangkiti penyakit demam KUNING. Bimbang anda nanti akan dituduh melakukan provokasi terhadap perhimpunan itu.

Buntut kuali terlalu tabah menahan api untuk menghasilkan makanan enak buat kita. Tapi jarang sekali kita bersyukur kepada Allah dengan makanan yang dihidangkan. Malah jauh sekali berterima kasih kepada buntut yang berjasa.

Wahai wanita, saya tidak mengkritik pemakaian purdah. Bagus tu. Tapi kebaikan yang dibuat jangan dicemari dengan pelbagai gaya di Facebook. Senang cerita tak perlu letak sebarang foto anda di Facebook. Dengan badan melentik dan aksi yang berlebih-lebihan, sambil tangan tunjuk lambang 'peace' boleh menjatuhkan imej pemakaian berpurdah. Kalau nak kukuhkan rumah dengan simen, jangan letak pasir terlalu banyak

Abu Bakar, Zaid bin Thabit, Sufian 'Uyainah, Ibnu hajar al 'Asqolani, Ibnu 'Umar. Mana fatwa-fatwa lelaki-lelaki ini dalam khazanah fiqh kita ketika kita khusyuk menghafal skrip Sepah, Jambu, Jozan, Mail Lambung, Acai ???

Wahsyi, Seorang hamba yang sebelum Islamnya membunuh Saidina Hamzah manusia terbaik dalam hidup Rasulullah, dan ketika Islamnya membunuh Musailamah al Kazzab manusia terjahat selepas hidup Rasulullah. Sungguh, hidayah Allah itu tidak diduga.

Al quran & Sunnah x boleh dilihat semata2 dgn kebekuan perkataan. Kedua2nya x saja diturunkan dgn huruf, tapi juga dgn makna. Makna inilah menjadikan kedua2 sumber ini relatif & fleksibel sesuai dgn teras agama itu dijadikan utk maslahat manusia. Banyak kitab tentang topik yg sama dikarang hasil pemahaman dari Al quran&Sunnah. Tak memadaikah dgn satu kitab ? Inilah bukti lautan makna lebih luas dari huruf yg dilihat.

Cina buta? Orang melayu bercerai apa kena mengena cina yang buta? Mari kita bersihkan fiqh nikah dari sampah buatan manusia. Namanya menimbulkan provokasi perkauman, praktikalnya juga salah. Banyak karutan bangsa Melayu ini. Bangsa Cina mempunyai jasa yang sangat besar dalam dakwah Islam bertaraf dunia. Jangan main-main dan cemari ayat 230 surah al Baqarah.

A: "Tadi ramai yang kena tangkap di masjid lepas solat sebab pakai baju       BERSIH".
B: "apa masalahnya?,takkan nak solat pakai baju KOTOR pulak".

A : " Boleh tolong ajar bab solat tak? penting ni !, sebab masuk muqorror (syllabus)
B : " Abis selama ni kau solat macamana?"

Abu kena tangkap sebab pakai baju kuning. Amat kena tangkap sebab pakai seluar kuning. Joe kena tangkap sebab pakai jam warna kuning. Ali kena tangkap sebab sibuk bergaya dengan topi kuning. Usin saja yang selamat sekalipun ada unsur kuning....tapi warna seluar dalam.

Ayuh semua, kita luaskan fiqh solat di Malaysia. Masyarakat terlalu rigid dan konservatif dalam soal tempat dan pakaian. Perlu ada kain pelikat gajah duduk dan telekung serta memandang pelik solat di atas tanah jika ketiadaan tempat atau kesempitan masa. Lalu menyebabkan sikap melewat-lewatkan solat malah lebih parah meninggalkan terus.


    Atoi rase cukuplah sampai sini dahulu untuk kali ni.. nanti entri lepas ni da tak ada idea pulak.. harap semua renung-renung kan akan kata-kata diatas.. Buang yang keruh, Ambil yang jernih.. Semoga berjumpa lagi.. Jazakumullahu khair.. mohon doa para sahabat sekalian untuk exam kami yang berada di perantauan ni.. Salam sayang dan rindu buat keluarga tercinta di Malaysia.. Semoga ALLAH panjangkan umur untuk kita bersua muka.. Andai tiada, redholah akan ketentuan ILAHI.. kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. sekian.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!