Tuesday, June 14, 2011

Petikan daripada kata-kata seorang pencinta ilmu yang saya sayangi dan kagumi

Go to fullsize image


1.     Seorang lelaki berkawan biasa dengan seorang wanita. Berlanjutan beberapa lama.  Tiba-tiba perhubungan terputus. Lalu masing-masing merasakan sesuatu yg tak kena seperti sunyi dan getaran di hati.ada yang mentafsirkan hal ini sebagai 'CINTA'. Tapi bagaimana pula kita yg selama ini sering abai dan tinggalkan solat (tidak berhubung dengan Allah), tapi hati tetap kering. Adakah tiada nilai 'CINTA' ?








2.     Sahabat, berhibur tu ada dalam Islam,tapi bila dah terpengaruh dengan MAHARAJA LAWAK, hinggakan setiap skrip semua jadi zikir kita. Nabi juga melucu,tapi penuh ilmu dan mengingati Allah. Masalahnya golongan ustaz/ah yang melampau-lampau melayan, sedangkan yang tak belajar agama pulak dah semakin faham. Jangan tahu nak 'LIKE' je. Islam ni bukan main simbol-simbol.


Go to fullsize image


3.     Sewaktu bersin dalam kenderaan awam di mesir, seorang gadis arab menyambut dengan bacaan tasymit (yarhamukallah), mereka faham hak sesama muslim. Tapi ketika beri salam ke sekumpulan akhwat melayu, mereka memandang dengan pelik. Takut ikhtilat ker? inilah yg dikatakan THIQOH TAK BERTEMPAT.


Go to fullsize image


4.     Kita seronok menonton kegemilangan artis melintas di 'Red Carpet' dalam 'Award Festival', tapi jangan lupa fikirkan tentang nasib kita sewaktu melintas di titian Sirotil Mustaqim di akhirat kelak.


Go to fullsize image


5.     ‎'GAME PERANG' boleh bantu membina strategi perang. Manalah tahu kalau dipanggil jihad nanti. YA. Kita boleh terima alasan tu. Tapi kalau dah ber'game' hingga abaikan solat, masalah jugak. Kalau fardu solat yg dekat diabaikan, bagaimana fardu jihad yang jauh di medan.


Go to fullsize image


6.     Seseorang yang mewakilkan orang lain untuk menggunakan fungsi akal, lebih baik dia berharap agar tidak pernah dilahirkan. Orang gila pun kadang-kadang tahu buat keputusan sendiri.


Go to fullsize image


7.     Cadangan Nabi dikatakan tidak tepat oleh Khobbab bin al Munzir dalam isu posisi perang. Nabi menerimanya. Jelas bahawa Islam meraikan kebebasan akal untuk berfikir dan meraikan orang lain selagi memenuhi etikanya. Ulama bukan DIKTATOR, dan kenyataannya bukan BERHALA.





8.     kata-kata : من جهل قدر نفسه كان بقدر غيره أجهل
: siapa yang jahil tentang nilai diri sendiri, dia lebih jahil tentang nilai diri orang lain.



Go to fullsize image   Go to fullsize image


9.     kalau boleh sibuk bincangkan tentang kelab bola negeri lain selain negeri sendiri, kenapa x boleh luangkan masa tuk mengkaji mazhab2 lain selain mazhab sendiri. sibuk kelab lain, bukan kita dapat gaji, tapi sibuk dgn mazhab lain, kita beruntung sebab boleh mencari kemudahan melalui pendapat mazhab.


Go to fullsize image


10.     Kalau ingin melihat kelajuan kita menuju kubur, perhatilah gerakan jarum jam. Kalau nak terasa laju lagi untuk menemui dua malaikat itu, perhatikan jarum minit dan saatnya. Anggap sahajalah dua jarum ; minit dan saat itu umpama dua nisan yang melambai pulang.


Go to fullsize image


11.     Ramai yang mahu meningkatkan kualiti dalam pelajaran, dari tadika mahu ke sekolah seterusnya ke universiti. Tapi jarang yang memikirkan peningkatan dari aspek nafsu, dari nafsu ammaroh ke nafsul lawwamah seterusnya ke nafsul mutmainnah.






12.     Impian si bodoh untuk berilmu. Impian orang berilmu untuk beramal. Impian orang beramal untuk berlaku ikhlas. Hidup tanpa ilmu, dungu. Ilmu tanpa amal, bebal. Amal tanpa ikhlas, hampas.






13.     Sahabat sekalian, saya memohon, jangan terlalu galak menyerang golongan yang digelar sebagai WAHABI. Anda bukan sahaja mentajrihkan (melukakan) perasaan mereka, bahkan anda juga melukakan perasaan golongan yang benar-benar jujur mengkaji tentang aliran-aliran dan berusaha mencari titik persamaan. Jangan cari banyak ilmu, tapi fahamkan ilmu yang ada dulu. WAHABI adalah salah satu aliran dalam AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH !





14.     Salafussoleh umat terbaIK.Madrasah Nabi mereka terdidIK.Benda haram x penah usIK.Cari ilmu x penah serIK.Sanggup berhujan berpanas terIK.Berperibadi indah & cantIK.Jika berdebat ayat berlapIK.Muslimahnya x ada yg gedIK.Kaji dulu baru kritIK.Baca sejarah mereka, memang tabIK.Antara yg lahir ialah Imam MalIK.Amalan mereka kini dipandang pelIK.





15.     senyap x mesti bengap, petah x mesti hikmah, jaga x mesti berjasa, tidur x mesti gugur, menyendiri x mesti lari, ke depan x mesti johan, atas x mesti first class, bawah x mesti sampah. Apapun keadaan,jangan cepat buat kesimpulan.


Go to fullsize image


16.     Bila bersunyi dengan bukan mahram dikatakan fitRAH, bila ustaz nak kawin dua dituduh gatAL, memang umat sudah semakin paRAH, perkara yang haq dirasakan janggAL






17.     Ilmu x leh dapat sekejAP.Kena kaji & baca yg kerAP.Kena bersungguh mcm org pelahAP.Kena betul agar beramal x silAP.Kena usaha x leh sekadar harAP.Kena bersengkang x leh selalu lelAP.Kena dijaga x leh dapat hujung pangkal lesAp.Kena hormat kerna ia bukan sampah sarAP.Kena amal agar kubur x gelAP.Kena disebar agar org lain boleh serAP


Go to fullsize image


18.     Jangan sibuk memikirkan semalam yang telah pergI hingga masa terbuang disebabkan patah hatI, usah juga mengangankan masa depan yang belum pastI hingga kerja tertangguh kerana asyik bermimpi-mimpI, tapi berusahalah untuk memanfaatkan hari inI yang sedang dihadapI dan realitI.






19.     Ramai yang bimbangkan kematian kerana ia simbol perpisahan dan pemutus pertemuan. Bukankah kematian itu permulaan kepada sebuah pertemuan abadi. Pertemuan dengan Tuhan. Pertemuan yang tidak akan ada perpisahan






20.     Perkataan 'pelacur' jadi isu. Contohilah perkataan Rasulullah. Baginda menggunakan kinayah dan perumpamaan sebagai ganti menyebut alat kemaluan. Baginda adalah manusia yang paling pemalu. Perkahwinan adalah isu ibadat, maka gunakan perkataan yang paling lembut dan selamat.






21.     Jangan berpakaian sendAT dan ketAT, dengan tujuan untuk mempamerkan kualiti 'barang' yang berjangka singkAT. Kalau anda menarik cinta dengan 'barang' tersebut', anda hanya mendapat cinta keparAT. Sebaliknya pamerkan kualiti iman anda untuk meraih cinta rahmAT. Kerana iman akan kukuh tersemAT sehingga tulang anda tinggal dua kerAT.






22.     Budak-budak kocik kalau berlari bising dalam masjid jangan ditengking, nanti semangat mereka kering. Memang fitrah. Perlu dibina ruh masjid mereka secara hikmah. Tapi kalau orang tuo umur 50 tahun main nyurok-nyurok (siap kira kuat-kuat 1..2..3..4../ bilal kira, imam cari tempat belakang mimbar) dalam masjid, haa ! yang ni memang patut dirembat.


Go to fullsize image


23.     ‎'Etisalat' kita yg terbesar dgn Allah ialah solat. Kalau x di 'top-up' (solat 5 kali) mustahil tuk berhubung. Dan sekalipun telah di 'top-up', ia takkan sampai kpd Allah jika x ada 'line' (ikhlas) sekalipun 'top-up' nya banyak (beribu2 rakaat). Untuk membina 'line' (ikhlas), perlu ada 'sim card' (iman). Usahalah utk mencapai 'bar line' nya hingga 5 (tahap muqorrobin) hinggalah handset itu hilang (kita dijemput Tuhan)






Sekian saja sedikit petikan dari kata2 yang penuh pengisian.. dari seorang pencinta ilmu yang saya sayang, dan saya kagumi.. Dan beliau tak mengetahui perkara ini..harap2 die memberi kebenaran didalam diam.. sebab kalau tanye, kompem die tak nak..


p/s: gambar adalah sekadar hiasan..tiada kena mengena dengan hidup dan yang mati, mahupun yang baru ingin lahir ke dunia..