Friday, January 14, 2011

Hujan ais melanda bumi MESIR

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

     Hari ini 14 januari 2011.. Bersamaan hari jumaat.. Dengan keadaan yang sejuk pada waktu pagi meliatkan aku untuk bangun solat subuh.. Keadaan yang sejuk adalah disebabkan angin yang agak tak reti bahasa meniup.. Keadaan diri masih lagi terkawal dengan suhu tersebut.. Cabaran seterusnya adalah mandi sunat hari jumaat.. Dengan wajah yang agak tenang menjirus air ke badan menyebabkan seluruh badan menggigil lalu mengeluarkan asap seperti supersaiya dalam cerita "dragonball".. Sungguh menyayat hati.. Bertolak untuk solat jumaat dalam keadaan yang tersipu-sipu kesejukan.. Hujan mulai turun ketika khatin sedang berdoa diakhir khutbah yang ke-2..

     hujan yang turun menyebabkan beberapa jemaah solat dalam keadaan berhujan.. Semoga ALLAH menerima solat kalian dengan lebih pahala.. Hujan berhenti selepas selesai solat jumaat.. Aku pon berjalan dengan keadaan berhati-hati bagi mengelakkan lumpur melekat di jubah yang dipakai.. sampai dirumah dalam keadaan yang selamat dan sihat wal 'afiat.. Alhamdulillah.. Hujan turun semula beberapa minit kemudian dengan keadaan angin yang lebih menggila.. Detikan hujan dijalan kedengaran lebih jelas.. Aku mendapati yang turun bukanlah hujan air yang biasa.. Tetapi ianya adalah "Hujan Ais".. Suhu turun mendadak menyebabkan air menjadi beku sebelum jatuh ke bumi MESIR.. Sewaktu menaip ni pon tangan aku dah hampir membeku.. Jadi sekian sahaje berita daripada saya..

Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan untuk exam kali nih..

وبالله التوفيق والهداية
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته..