Monday, October 25, 2010

Hanye KerAna SeeKoR TikUs

   Tanggal 20 oktober 2010, tepat jam 6 pagi..

Atoi dikejutkan dengan suare bising dari bahagian depan rumah.. Setelah bangun dan menunaikan solat subuh, baru la jenguk.. Almaklumlah.. Sebab da lambat la.. huhuhu.. Terlihat seperti rakan-rakan serumah sedang mengemas.. Rajin gile diorang.. Dan bile datang dekat baru la diketahui bahawa mereka sedang melancarkan perang antare MANUSIA dan juga si TIKUS!!!..hahahaahaha!!!!

Ketika sedang tercari-cari encik 'TIKUS' tersebut, secara tibe-tibe encik 'TIKUS' yang dicari-cari pon memunculkan dirinye.. jejejejeng!!!... dengan keadaan yang sangat-sangat mengejutkan dan seorang dari kawan Atoi (1) terkejot, dan (2)melompat, dan (3)terpijak laptop..(huhuhu).. Tak sampai ati nak gelak sebenarnye.. Skrin laptop beliau pecah dengan keadaan yang agak mengerikan la jugak.. Suasana agak sayu.. Tapi usaha mencari encik 'TIKUS' masih lagi diteruskan dengan perasaan dendam yang tambah membare.. Encik 'TIKUS' telah melarikan diri ke kawasan dapur..

Pada situasi yang berjage-jage tu, encik 'TIKUS' kembali munculkan dirinya lalu mengejutkan seorang lagi sahabat serumahKU.. Dia (1)terkejot sambil melompat, dan (2)terpijak besen.. Lalu pecah la satu lagi harte pusaka dirumah kami ni.. (hahahahaa).. Yang ni boleh gelak.. Memang lawak dan kelakar gile.. Kami bertungkus lumus meneruskan usaha memerangi haiwan tersebut sambil mengeratkan silaturrahim antare homemates..

Kawasan dapur digeledah.. Dan kerana seekor tikus jugak la pintu freezer tercabot.. (hahahaha).. Yang ni la yang tersangat lawak.. Memang tak sangke la kan.. Kawasan dapur beransur menjadi seperti kawasan penagihan dadah apabila semua perabot dan alat elektrik dialihkan bagi memerangi encik 'TIKUS'.. Time tu la aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bukan aku yang masak ari tu.. Kalau tak "MASAK" aku.. (hahahahahaha).. Kesian kat sahabat2 yang masak aritu.. Dapur dibiarkan begitu saje kerana semua telah kecewa dan pelajar Qiraat pon da terlambat untuk ke kuliah.. Sume kerana seekor 'TIKUS'..

Dan kerana seekor 'TIKUS' jugak la Atoi memijakkan kaki ke 'Teknologi Mall'.. reka bentuknya seakan-akan 'Low Yatt' yang ade kat MalaysiKu yang tercinta tu.. Atoi pegi sane untuk teman membe gi tukar skrin laptop die yang da pecah kerana seekor 'TIKUS' tu.. Kitorang di eskot oleh due orang bro yang tak asing lagi untuk mahasiswa n9 kat MESIR ni.. Mereka la Ustad Nik Ghazali dan jugak Ustad Naim Mazlan.. (time kasih banyak kat diorang).. Diorang ni la yang selalu membantu jika mahasiswa/wi n9 yang kerosakan laptop.. Semoge ALLAH membalas jasa baik mereka..(AMIN YA RABB!!).. Sape sangke?? hanya kerana seekor 'TIKUS' atoi dapat menjejakkan kaki kat 'Teknologi Mall' tu.. 


Dan sape pulak sangke hanye kerana seekor 'TIKUS' Atoi beli keyboard.. Dan takde sape sangke, hanye kerana seekor 'TIKUS' kitorang dapat bergelak same2, dapat rapat lebih dari biase.......


SEMUANYE.....
Hanye Kerana Seekor 'TIKUS'..