Nama: Mohd Fakhrur Razi bin Mohd Yunos
ha..tu la yang korang taw stakat ni ea..nak taw lagi lanjut.??? ikutila blog ni ye..setiap kali ade cite baru Atoi akan sambung memperkenalkan diri..hahaha!!!
Atoi dan MESIR!!!
Hari ni Atoi nak cite pasal MESIR pulak..memang impian dari kecik lagi nak sambung belajar kat MESIR..dan tu jugak salah satu dari impian mak n abah..diorang berharap sangat ade dari anak diorang yang sambung belajar ke luar negara..Atoi bersyukur sangat diberi peluang untuk sambung belajar kat sini..Atoi ambik kuliah lughah 'arabiyah ataupon dalam bahasa melayunye kos Bahasa Arab..sesuai dengan impian atoi..
kat MESIR ni Atoi menetap kat RNSK(Rumah Negeri Sembilan Kaherah)..kat sini la selalunye pelajar baru akan menetap bersama dengan beberapa pelajar senior..kat umah ni la Atoi belajar lebih banyak cara masakan..sekarang da boleh masak sup, masak lemak, kari, gulai, sambal, dan macam2 laghi la..
ok..MESIR ye..Sebuah negara yang cukup menarik..
kat sini macam2 orang kite bole jumpe..Rakyat MESIR ni terkenal dengan kelakuan yang agak kasar sikit..tapi diorang sebenarnye mempunyai hati yang sangat lembut..sebab di bumi MESIR cume ade due..Nabi Musa dan juga Fir'aun..Cukup menarik..
keadaan lalulintas pulak ea..adekalanye kalah KL..dalam bahasa arab dipanggil "zahmah" yang bermaksud sesak..Mase ni la nak tengok bagaimane hebatnye rakyat MESIR memandu..sehinggakan tiada masalah Mat Rempit kat sini..sebab bas pon main cilok2 tengah sesak tu..so, xde peluang mereka nak merempit..pelajar2 malaysia kat sini selalu menggunakan khidmat "trainco" ataupon mcm bas mini la untuk pergi ke mane2..
suhu pulak..keadaan suhu amat2 memeranjatkan bagi Atoi dan semua pelajar2 baru yang datang..kadang kale mencecah 45 darjah celcius(mcam salah eja je)..dah separuh masak dah 2..huhu..dan sekarang Atoi tengah mempersiapkan diri untuk musim sejuk pulak..senior2 sume cakap musim sejuk adalah musim yang paling mencabar..harap2 dapat la bertahan ye..
itu je cerita setakat ni..lepas ni Atoi akan bercerita pasal "jaulah Ahram" yang bermaksud.."lawatan piramid"..Jadi, same2 kite nantikan ea..Assalamualaikum..