Tuesday, April 26, 2011

Mari Berkongsi Sebagai Pedoman

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, March 14, 2011

"Rahsie al-quran mengenai tsunami yang dibongkar"





1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  juz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Thursday, January 20, 2011

"KETIKAMANA"

In The Name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni, Atoi tengah layan lagu yang para pembaca sekalian sedang dengarkan.. lagu Binnabil Huda dendangan UNIC ni dapat menarik minat Atoi untuk beri pembaca sekalian ketenangan disamping mengingati junjungan besar Nabi Muhammad yang sangat kita cintai..

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni, blog ni dah ade seramai 23 orang pengikut.. ataupun dalam bahase inggeris adalah followers. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana sudi mengikuti blog nih..


Ketikamana,

     Ketikamana Atoi tengah taip entri ni, bilangan mereka yang mengunjung blog ni sudah pun mencecah seribu orang dan lebih.. Korang datang ramai2 ni bace tazkirah yang kat bawah sekali x??

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi taip entri ni jugak, Atoi tengah diuji oleh ALLAH dengan ujian yang kecil tetapi sangat berat untuk dihadapi.. SESEMA!! Mungkin dah banyak sangat dosa dah ni..

Ketikamana,

     Ketikamana korang bace entri nih, Atoi nak korang taw yang Atoi tersangat rindu dah ngan family di MALAYSIA.. Semoga kita berjumpa lagi kan.. Rindu kat semua.!!

Ketikamana,

     Ketikamana Atoi nak teruskan menaip kat sini, Atoi teringat yang exam belum habis lagi.. So, x boleh nak panjang2..Kurang sehat pon kene study jugak la kan..

Ketikamana,

     Ketikamana korang tertanya2 kenapa Atoi post entri nih, korang akan dapati yang korang telah pun membazirkan mase dengan membace entri nih..HAHA!!

Semoga ALLAH merahmati kita..
Semoga kita berada didalam keredhoanNYA..
Salam Ukhuwah, Salam Rindu, Salam 1Malaysia..
Assalamualaikum..
Binnabilhuda..

Friday, January 14, 2011

Hujan ais melanda bumi MESIR

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

     Hari ini 14 januari 2011.. Bersamaan hari jumaat.. Dengan keadaan yang sejuk pada waktu pagi meliatkan aku untuk bangun solat subuh.. Keadaan yang sejuk adalah disebabkan angin yang agak tak reti bahasa meniup.. Keadaan diri masih lagi terkawal dengan suhu tersebut.. Cabaran seterusnya adalah mandi sunat hari jumaat.. Dengan wajah yang agak tenang menjirus air ke badan menyebabkan seluruh badan menggigil lalu mengeluarkan asap seperti supersaiya dalam cerita "dragonball".. Sungguh menyayat hati.. Bertolak untuk solat jumaat dalam keadaan yang tersipu-sipu kesejukan.. Hujan mulai turun ketika khatin sedang berdoa diakhir khutbah yang ke-2..

     hujan yang turun menyebabkan beberapa jemaah solat dalam keadaan berhujan.. Semoga ALLAH menerima solat kalian dengan lebih pahala.. Hujan berhenti selepas selesai solat jumaat.. Aku pon berjalan dengan keadaan berhati-hati bagi mengelakkan lumpur melekat di jubah yang dipakai.. sampai dirumah dalam keadaan yang selamat dan sihat wal 'afiat.. Alhamdulillah.. Hujan turun semula beberapa minit kemudian dengan keadaan angin yang lebih menggila.. Detikan hujan dijalan kedengaran lebih jelas.. Aku mendapati yang turun bukanlah hujan air yang biasa.. Tetapi ianya adalah "Hujan Ais".. Suhu turun mendadak menyebabkan air menjadi beku sebelum jatuh ke bumi MESIR.. Sewaktu menaip ni pon tangan aku dah hampir membeku.. Jadi sekian sahaje berita daripada saya..

Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan untuk exam kali nih..

وبالله التوفيق والهداية
سلام الله عليكم ورحمته وبركاته..

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 yang Penuh Kenangan




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

     Dah lame sangat dah tak post kat blog ni.. Nak kate sibuk bace buku pon x jugak.. Cume xde idea plak nak taip ape.. Hari ni hari jumaat (31 dis 2010 ).. Bukan Malaysia je cuti.. Kami kat Mesir ni pon cuti jugak.. Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun ni.. Maka tak lame lagi akan berlabuh la tirai tahun 2010.. Tahun ni banyak sangat pengalaman yang memang tak akan kembali lagi.. Tak akan dilupakan.. Selagi hayat dikandung badan insyaALLAH..

     Antare pengalaman yang paling bermakna adalah pengalaman bekerja di bawah KEMBAQ ( Kem Bahasa Al-quran ) yang diasaskan oleh Ayahanda ( Ustaz Zulkarnain b Itam ).. Dipengerusikan oleh saudara Abdul Rahim Sabtani.. Dalam organisasi ni Atoi punye name tertulis di tempat setiausaha.. Jadi Atoi punye keje adalah membuat laporan disamping kerja2 yang lain.. Kalau program dimane2 sekolah, memang muke ni jugaklah yang akan tidur lambat bagi menyempurnakan tugasan tersebut.. melalui syarikat KEMBAQ ni jugak Atoi dan kawan2 serta ayahanda telah berjaya melebarkan sayap sehingga ke Negeri di Bawah Bayu bagi membawa modul KEMBAQ ini.. Pengalaman yang cukup seronok..



     Pada tahun 2010 ni jugak la Atoi berulang alik menggunakan motor dari Seremban ke Gemencheh.. Kadang kale meredah hujan lebat, kadang kale menongkah panas terik.. Alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku.. Perjalanan yang mulenye mengambil mase 1 jam setengah hanye tinggal 1 jam pada saat genting..(ter..bawak laju)..

     Tak lupakan jugak, tahun ni jugak la Atoi dapat merealisasikan impian semenjak tingkatan 1.. MESIR!! Negara yang ingin sekali dijejaki.. Alhamdulillah!! Cume perlu mengharung disini pula.. Dan di MESIR ni la jugak pelbagai pengalaman diperoleh.. Berniaga, Melancong, Bergaul, Berdikari dan BER macam2 lagi.. Disini jugak la dapat memahami lebih dari hukum2 agama dari individu yang tertentu.. Dapat bertemu sahabat yang sekian lame tak jumpa..

     Dan yang terakhir, tahun ni jugak merupakan tahun yang sangat gemilang bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia.. Seluruh organisasi dari atas sehingga kepada pengutip bola.. TAHNIAH saya dan sahabat di Mesir ucapkan.. Anda buat kami bertambah bangga mendabik dade apaila menyebut I'm Malaysian / Ana Malizi... Terima kasih kepada pemain yang bermain begitu baik.. Kami menontonnye disini walaupon dalam keadaan yang tersangkut2 ( line internet kureng )..


Sekian saje untuk kali ni..
Tak de idea sebenarnye pon..tapi folower da bising kan..so gua create jugak laa..
taqabballahu minna wa minkum..
     

Friday, December 3, 2010

tanggal 3 disember 2010

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم.....

Hari ni merupakan hari yang sangat bermakne buat akak2 Atoi yang dua orang nih.. Kak ngah da selamat diijab kabulkan.. الحمد لله.. Rase gembire sangat walaupon dapat celebrate dari jauh je.. hem.. Sian jugak kat kak ngah.. kalau bole die nak sume adik beradik die ade.. Tapi nak buat camne.. Atoi sangat2 pasti ade hikmah disebalik ketentuan ILAHI ni.. wanna know how beatiful my sister is.. juz check dis out..

SITI FAKHIZAH & MOHD KHAIRUSSANI

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.. Ameen ya RABB!!.. Ramai sangat sedare mak dare yang datang.. Sempat jugak la Atoi borak ngan nenek Atoi jap.. Banyak pesanan die.. Tinggi harapan die.. Berat sangat rase nak laksanakan.. Tapi insyaALLAH!!!...

Majlis akad nikah berlangsung di sebelah petang.. Sebelah malamnye pulak, my Kak Abby pulak tunang.. الحمد لله.. Selesai jugak majlis nih.. Walaupon tak sempat nak tengok kat skype ( sebab ade study group ), tapi Atoi taw die mesti gembire sangat2.. sory kak..!! x sempat nak tengok.. but u r also look gorgeos.. Lawa rupenye akak2 Atoi nih.. huhuhu.. so, this is my Kak Abby..

SITI FABILLAH & FAIZ

Tapi yang belah laki belom ade lagi la.. sebab diorang baru tunang je.. Doa2 kan la jadi langsungnye taon depan.. Dan malam sebelom majlis ni, memang betol2 buat Atoi jelez sesangat.. Selalunye kami bertiga yang akan conquer.. Tapi kali ni, my Bro 2 orang je yang conquer.. walaupon sore Atoi tak sesedap sore diorang, tapi still bole fight lagi la.. SORE??? mesti pelik kan?? hahahaha.... Chech this out...


MOHD FAKHIZ & MOHD FAWWAZ

Mane la tak jeleznye.. Tengok la tu.. Siap bole pilih lagu.. HUH!!! jelez.. Tapi tak pe la.. sanah gai.. hahaha.. Ape2 pon diorang mesti letih gile time majlis nih.. Sorry sebab tak dapat tolong.. Mak n Abah pulak mesti busy.. Tak sempat nak borak2 ngan diorang.. Abah as usual.. Mesti nanges... betol tak abah?? huhuhu.. Mak, Abah n Bulek(my second mon) are da BEST!!! luv u all..

Sampai tu je untuk kali ni.. da tak de bende da nak taip.. Taip lame2 kang nanges plak insan bername FAKHRUR RAZI nih.. hahahaha.. anyway.. thanx kepada mereka yang membantu dalam majlis nih.. Ape yang Atoi da tolong sebelom ni akhirnye dibalas dengan baik oleh Penduduk Quarters Penjara Seremban.. Thanx.. love u all.. Terutama my Rakan Muda Geng.. Semarak Kompang Geng..

love n miss u a lot my family..

....تقبّل الله منا ومن ومنكم.....